TOKO ALHAROMAIN
MENJUAL PAKAIAN JADI
D 54-D55 AND B19-B20
PASAR TANJUNG MOJOKERTO
Hadith: Tanda-tanda besar Qiamat
Hadith: Tanda-tanda besar Qiamat
Huzaifah bin Usaid alGhifari RA berkata:
"Telah datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang
berbincang-bincang. Lalu Nabi bersabda: "Apa yang kamu
perbincangkan?" Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari Qiamat."
Lalu Nabi SAW bersabda: "Tidak akan terjadi hari Qiamat sehingga kamu
melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya." Kemudian Baginda
menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat
tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam 'alaihissalam, Ya'juj dan Ma'juj, tiga
kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di
Semenanjung Arab, dan yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri
Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka." - HR Imam Muslim
Takhriij alHadith:
Dikeluarkan oleh Muslim dlm shahihnya Jld 4,
Kitab alFitan, #2901. Juga Ibn Athiir, Jami' alUsyuul yg dikeluarkan oleh Abu
Daud dan atTirmidzi. Hadith shahih dari jalur Hudzaifah alGhifari RA.
Fiqh alHadith:
Tanda2 dalam hadith Hudzaifah ini dinamakan
tanda2 besar Qiamat. Tanda2 gesar bermakna Qiamat itu sudah terlalu hampir atau
manusia berada di ambang Qiamat.
Tanda #1: Dukhan (jerebu atau kabus tebal)
Kabus atau jerebu tebal yg menjadi bahaya
ialah bila ia mencecah indeks bacaan 500 ke atas.
Para salaf berpecah menjadi dua golongan bila
mentafsirkan jerebu ini. Kumpulan Ibn Mas'ood RA, Mujahid, dan ibn Jarir
atTabari menetapkan Dukhan atau jerebu ini adalah tanda Qiamat yg sudah pun
berlalu di zaman RasuluLlah SAW sempena turunnya surah adDukhan. Jerebu yg
menimpa kaum Quraisy.
Kumpulan Imam Ali bin Abu Tholib RA, Abu Said
alKhudri RA, Ibn Abbas RA, Ibn Umar RA, alHasan bin Ali RA dan Hasan alBasri
mengatakan jerebu ini benar2 tanda besar Qiamat dan ia belum lagi terjadi. Hadith
Hudzaifah ini adalah dalil mereka.
AlHafiz Ibn Kathir RH mendokong pendapat Ali
dan Ibn Abbas. Imam Nawawi ketika mensyarhkan hadith ini menyatakan jerebu itu
meliputi bumi selama 40 hari. (Syarah Muslim 18/27)
Tanda #2: Keluarnya alDajjal alMasih
Dikembarkan istilah alMasih kepada Dajjal
ialah kerana alMasih bermaksud salah satu matanya terhapus (Ibn Athir), ada pun
Dajjal bermaksud pendusta. Maka Dajjal alMasih = Pendusta yg bermata satu. (Ibn Athir, Jami' alusyul 9/356)
Fuqaha' yg menolak munculnya alDajjal alMasih
ialah Imam Muhammad Abduh, mantan Mufti Mesir. Beliau menetapkan Dajjal yg
dimaksudkan itu adalah aliran kesesatan secara umum (Tafsir alManar, Jld 3).
Manakala faham Muktazilah, Khawarij dan
Jahmiyah menolak secara total kerana jika benar Dajjal suatu ancaman kepada
manusia, niscaya alQuran ada menyebutnya, tapi tidak ditemui dalam alQuran.
Namun i’tiqad ASWJ menetapkan melalui hadith2
yg mutawatir akan kemunculan Dajjal alMasih di akhir zaman sebagai tanda besar
Qiamat. Pendetailan mengenai ciri2, tanda2 mengenal Dajjal tidak dapat
dibahaskan di sini kerana ia teramat banyak dalam kitab2 yg beredar di pasaran,
cuma perhatikan hadith2 yg menyalurkan maklumat tentang Dajjal itu shahih atau
hasan.
Tanda #3: Keluarnya 'Daabbah' (binatang melata)
Hadith Hudzaifah ini menguatkan maksud ayat 82
surah anNaml : (Kami mengeluarkan sejenis binatang melata dari bumi).
Tujuan binatang ini keluar ialah sebagai suatu
peringatan yg terakhir kepada orang kafir supaya beriman dan kepada orang Islam
supaya tetap istiqamah. Daabbah ini bukan monster atau binatang yg memakan
manusia!
Komentar Syaikh Ahmad Syakir pada Musnad Imam
Ahmad:
Perihal Daabbah (binatang melata) ini maklum
pada orang yg berbahasa Arab suatu makna yg luas (tidak terhad) pada istilah
binatang. Malah Daabbah adalah kalimah yg membawa maksud yg luas. Maksudnya
suatu istilah yg hanya dimengerti oleh orang yg memahami bahasa Arab.
Tanda #4: Terbitnya matahari dari sebelah Barat
Ini bermakna Jepun bukan lagi negara matahari
terbit. Morocco atau Maghribi pula akan dinamakan negara matahari terbit.
Hadith ini adalah syarh kepada ayat 158 surah
alAn'am. Kata Imam atTabari dan Ibn Kathir ketika mentafsir ayat ini, salah
satu tanda itu ialah terbitnya matahari dari Barat.
Kata Imam Ibn Hajar (alFath), bila hal ini
berlaku, maka pintu taubat pun ditutup. (Fath alBari 11/352)
Tanda #5: Turunnya Isa putera Maryam AS
Perkhabaran Rasulullah SAW ini menguatkan ayat
AQ sebelumnya:
- AQ 4: 157-158
- AQ: azZukhruf (43): 61
- anNisaa': 51
Maka disimpulkan:
Turunnya Isa AS di akhir zaman adalah aqidah
ASWJ. Ingkar bermakna mendustakan Muhammad SAW kerana mutawatirnya alHadith.
Tujuan Isa turun ialah melaksanakan semula
syari'at Muhammad dan memerangi semua agama yg lain dan keamanan akan melimpahi
bumi selama 40 tahun. (Albani, Silsilah asShahihah/IV/559)
Tanda #6: Keluarnya Ya'juj wal Ma'juj
Menurut Ibn Hajar (alFath 13/107), asal usul
Ya'juj dan Ma'juj ialah keturunan Adam jua.
Hadith Hudzaifah di atas menguatkan dalil
alQur:an mengenai kemunculan dua kaum yg ganas itu di Akhir zaman.
AQT 18: 94 (Wahai Zulkarnain, sesungguhnya
kaum Ya'juj dan Ma'juj sentiasa melakukan kerusakan di muka bumi)
AQT 21: 96 (Sehingga terbuka tembok yg
menyekat Ya'juj dan Ma'juj serta mereka meluru turun dari tiap2 tempat yg
tinggi. Dan hampirlah datangnya janji hari Qiamat yg benar)
Ada pelbagai tafsiran:
Sebahagian mengatakan Dua kaum pemusnah ini
sudah berlalu, iaitu ketika keluarnya kaum Monggol dan Tartar dari Asia tengah.
Antara yg berpendapat demikian ialah Almarhum Ustaz Sayyid Qutb dalam Tafsir azZilal.
Imam alQurthubi juga berkata kemungkinan kaum Tartar dan Mongol itu adalah
Ya'juj dan Ma'juj. Begitu juga pendapat Ibn Athir, alKamil: 13/375
Pendapat yg rajih ialah Ya'juj dan ma'juj itu
muncul ketika zaman turunnya Isa putra Maryam AS. jika ada kaum yg sebelum
turunnya Isa, ia adalah ciri-ciri Ya'juj wal Ma'juj sahaja. Akhirnya Ya'juj dan
Ma'juj ini dibinasakan dengan berkat do'a Isa alMasih (Dr Sulaiman alAsyqar,
alYaum alAkhir, Kuwait, 1988, Syaikh Yusof Abdullah, alWabil, 'Alamaat
alQiyamah alKubra)
Tanda #7: Tiga khasaf di sebelah Timur, Barat dan Jaziirah Arab
Berkata alHafiz Ibn Hajar (alFath: 12/ms 84),
gempa atau runtuhan besar ini belum berlaku lagi walaupun gempa itu sering
terjadi di pelbagai tempat. Tetapi gempa tanda Qiamat ini adalah gempa yg amat besar
sekali berlaku di Timur, Barat dan Semenanjung Arab yg membawa kemusnahan yg
dahsyat.
Ulasan s2s:
Gempa yg dahsyat selalunya >9.5 di atas
skala Richter, spt yg berlaku di Acheh yg mengakibatkan kesan Tsunami yg
melanda satu kawasan yg besar di Indonesia, Sri Lanka, India, Thailand dan
Malaysia. Rata-rata bila ditanya orang yg menyaksikan Tsunami ini, maka mereka
menyangkakan Qiamat.
Tanda #8: Munculnya api yg besar di Yaman (Kota Aden)
Ibn Hajar berkata: Api ini adalah tanda
terakhir tanda2 Qiamat yg besar-besar dan petanda pertama bermulanya fasa
Qiamat (alFath: 13/82)
Bila api itu muncul, maka manusia akhir zaman
akan berduyun-duyun berkumpul di tempat2 perhimpunan masing-masing. Mereka
berpusu-pusu melarikan diri beramai-ramai dan sesiapa yg tidak berpindah, akan dimakan
oleh api itu. Tempat tumpuan perhimpunan ialah Syria (Ibn Kathir, anNihayah
1/259)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar