TOKO ALHAROMAIN
MENJUAL PAKAIAN JADI
D 54-D55 AND B19-B20
PASAR TANJUNG MOJOKERTO
Kepentingan Ikhlas bagi Para Rabbani
Kepentingan Ikhlas bagi Para Rabbani
Para Rabbani yg terdiri drp mereka yg aktif
dlm pendidikan rohani dan yg berjalan kpd Allah tlh bersetuju, bahawa
kepentingan ikhlas bg setiap amal utk bekalan akhirat dan bg setiap org yg
meniti jln menuju Allah.
Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali berkata di dlm
Muqaddimah kitab An-Niyyah Wal-Ikhlas Qash-Shidq, yg memakan seperempat
bahagian dr kitab Al-Ihya' :
"Dgn hujjah iman yg nyata dan cahaya
al-Quran, mereka yg mempunyai hati mengetahui bahawa kebahagiaan tdk akan
tercapai kecuali dgn ilmu dan ibadah. Semua org pasti akan binasa kecuali
mereka yg berilmu. Mereka yg berilmu pasti akan binasa kecuali yg aktif
beramal. Semua org yg aktif beramal akan binasa kecuali mereka yg ikhlas."
Jadi sebutan mereka yg ikhlas amat rentan.
Amal tanpa niat adalah ketololan, niat tanpa ikhlas adalah riya', yg bererti
sama dgn kemunafikan dan tdk berbeza dgn kederhakaan. Ikhlas tanpa kejujuran
dan perlaksanaan adalah sia-sia.
Allah tlh berfirman ttg setiap amal yg
dimaksudkan utk selain Allah, sbg suatu yg tdk bermatlamat. Di dlm al-Quran
Allah tlh berfirman yg bermaksud :
"Dan Kami hadapi segala amal yg mereka
kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yg
berterbangan." (al-Furqan: 23)
Perkara yg serupa dgn apa yg dikatakan oleh
al-Imam al-Ghazali itu sblmnya juga tlh dikatakan oleh seorang Rabbani yg arif
bernama Sahl bin Abdullah at-Tustary, "Semua manusia spt org yg sdg mabuk
kecuali mereka yg berilmu. Semua org yg berilmu adalah org yg bingung kecuali
mereka yg mengamalkan ilmunya."
Dlm lafaz lain beliau berkata, "Dunia ini
adalah kebodohan dan kematian kecuali ilmu. Semua ilmu merupakan hujjah ke atas
pemiliknya kecuali yg diamalkannnya. Semua amal akan sia-sia kecuali yg
dilaksanakan dgn ikhlas. Ikhlas itu dlm bahaya yg besar sehingga tetap berakhir
dgnnya."
Sebahagian yg lain juga berkata, "Ilmu
itu laksana benih, amal laksana tanaman dan airnya adalah ikhlas."
Ibn 'Atha'illah berkata dlm Al-Hikam,
"Sesungguhnya Allah tdk menyukai amal yg mendua (berbelah bahagi), dan tdk
pula hati yg mendua. Amal yg mendua tdk diterima dan hati yg mendua juga tdk
akan diterima."
Amal yg tdk disertai ikhlas adalah ibarat
gambar yg mati, dan raga tanpa jiwa. Allah hanya menginginkan hakikat amal, bkn
rupa dan bentuknya. Maka dr itu Dia menolak setiap amal yg pelakunya tertipu
dgn amalnya.
Dlm hadith shahih riwayat Abu Hurairah, bahawa
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Sesungguhnya Allah tdk melihat kpd jasad
dan rupa kamu, tetapi Dia melihat kpd hati kamu." Baginda memberi isyarat
ke arah hati dgn jari-jari tangannya lalu berkata, "Taqwa itu letaknya di
sini." Dan Baginda memberi isyarat ke arah dadanya sebanyak tiga
kali." (HR Imam Muslim)
Allah berfirman ttg mereka yg menyembelih
haiwan qurban, iaitu yg dilakukan oleh mereka yg menunaikan haji dan umrah :
"Daging-daging unta dan darahnya itu
sekali-kali tdk dpt mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketaqwaan drp kamulah yg
dpt mencapainya." (al-Hajj: 37)
Allahu a'lam..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar