AL HAROMAIN

DAFTAR

  • pakaian
  • buku

Daftar Blog

TEXT

text

zainimjkbgt

zainimjkbgt
zainimjkbgt

zainimjkbgt.blogspot.com

zainimjkbgt

alharomain

Penayangan bulan lalu

Populer

Entri Populer

5 Februari 2012

penafsiran TERHADAP ALQURAN

TOKO ALHAROMAIN MENJUAL PAKAIAN JADI D 54-D55 AND B19-B20 PASAR TANJUNG MOJOKERTO 




MUKTAZILAH DAN MAUQIF PENAFSIRAN MEREKA TERHADAP AL-QURAN



      



SEJARAH KEMUNCULAN MUKTAZILAH

Golongan ini mula muncul di zaman khilafah Umawiyyah di bawah pemerintahan Hisyam bin Abdul malik di akhir kurun pertama hijrah.Para Ulama berselisih pendapat di dalam memberi makna asal-usul datangnya muktazilah itu sendiri.Menurut riwayat yang masyhur di kalangan jumhur Ulama ianya muncul ekoran daripada percanggahan pendapat wasil bin Ata’ Al-Ghazzal (80-131H) dengan gurunya Imam Al-Hasan Al-Basri r.a( 22-110H) dalam masalah dosa besarمرتكب الكبيرة) ).Ketika Imam Al-Hasan sedang mengajar datang seorang lelaki bertanyakan tentang hukum melakukan dosa besar adakah menjadi kufur atau sebaliknya.Belum sempat beliau menjawab tiba-tiba bangun salah seorang anak muridnya iaitu Wasil lalu berkata: “Tidak aku berpendapat bahawa  mereka itu mukmin sejati dan tidak juga kafir secara mutlak bahkan mereka itu berada di antara dua tempat(المنزلة بين منزلتين)” iaitu antara iman dan kufur.Lalu Imam al-Hasan berkata kepadanya: “asinglah diri kamu dari kami wahai Wasil”.Ekoran daripada peristiwa itu dia dan pengikutnya dipanggil golongan muktazilah.

          Kadang kala golongan ini dipanggil puak Al- Qadariah dan kadang kala dipanggil puak Al-Mua’ttilah.Pada asalnya golongan ini sebenarnya memang kuat mempertahankan akidah Islam tetapi mereka lebih menggunakan mantik akal daripada dalil naqli(Al-Quran dan Hadis).Mereka memerangi golongan batiniah(syiah),yahudi,nasrani dan kumpulan-kumpulan yang sesat.Di ceritakan bahawa Abu Al-Huzail Al-‘Allaf(135-226H) salah  seorang syeikh muktazilah di Basrah telah mengislamkan seramai tiga ribu orang majusi dengan cara berdebat dan berbincang.Walaupun begitu  mereka tersilap langkah dengan menghujum Ahli Sunnah Wal Jamaah denga senjata yang sama yang pernah digunakan untuk memerangi golongan yang menyelewang dari Islam.

          Dalam tempoh yang singkat sahaja pengaruh fahaman golongan ini berkembang  begitu cepat dan mempunyai pengaruh yang besar sehinggakan Yazid bin Al-Walid(125 – 126 H* tahun memerintah) dan Marwan bin Muhammad(127 – 132 H*) dari pemerintah kerajaan Umawiyyah dan Al-Makmun bin Harun Ar-Rasyid(198 – 218H*) , Al-Muktasim bin Harun Ar-Rasyid(218 – 227 H*) dan Al-Wasiq bin Al-Mu’tasim(227 – 232 H*) dari kerajaan Abbasiyyah telah menjadikannya sebagai pegangan rasmi dalam negara dan kerajaan.Bahkan mereka ini menggunakan kekerasan bagi sesiapa yang tidak sehaluan dengan mereka  seperti yang berlaku terhadap Imam Buwaiti pengganti imam As-Syafei yang dihukum bunuh dan Imam Ahmad bin Hanbal  disiksa dan dipenjara kerana bertegas mengatakan bahawa Al-Quran itu adalah kalam Allah dan bukannya makhluk seperti yang didakwa oleh golongan muktazilah.


USUL LIMA MUKTAZILAH

Terdapat lima usul yang   menjadi pegangan utama golongan muktazilah iaitu

1-tauhid,
2-keadilan Allah S.W.T.  ( العدل),
3-janji baik dan janji buruk,
4-manzilah baina manzilataini(المنزلة بين المنزلتين) dan
5- amar maaruf nahi mungkar (الأمر بالمعروف والنهى عن المنكر).

Usul lima ini mestilah dihimpun dan digabungkan semua sekali dan sesiapa yang tidak mengiktiraf dan berpegang antara salah satunya maka dia sebenarnya bukanlah dianggap pengikut muktazilah yang  sebenar.Sebagaimana yang disebut oleh Abu Al-Hasan Al-Khayyat(meninggal pada 300H) salah seorang pemimpin muktazilah di kurun ke 3 hijrah dengan katanya: “Dan tidak berhak salah seorang dari mereka(pengikut muktazilah) dinamakan muktazilah sehinggalah dia menghimpunkan kesemua pegangan usul lima iaitu tauhid,keadilan, janji baik dan buruk, manzilah baina manzilataini dan amar ma’ruf dan nahi mungkar.Apabila telah lengkap kelima-lima usul ini maka layak baginya digelar pengikut muktazilah”.

Dalam usul yang pertama iaitu tauhid , antara kandungan pegangan mereka ialah mustahil melihat Allah S.W.T. di akhirat (رؤية اللة),tiada sifat bagi Allah S.W.T. melainkan zatNya sahaja dan al-Quran adalah makhluk.

Antara iktikad mereka dalam usul yang kedua iaitu al-adl  pula antaranya Allah S.W.T. tidak menjadikan perbuatan hambaNya samada baik mahupun buruk bahkan hambaNya sendiri yang melakukannya dengan ikhtiar dan kehendak masing-masing.

Manakala dalam usul yang ketiga iaitu  janji baik dan buruk Allah S.W.T.  antaranya mereka berpegang bahawa Allah S.W.T.  memberi balasan baik kepada sesiapa yang melakukan kebaikan dan sebaliknya , orang yang melakukan dosa besar tidak akan diampun ,akan kekal dalam neraka serta tidak akan mendapat syafaat  kecualilah  dia sempat  bertaubat sebelum mati.Mereka juga beriktiqad bahawa  Allah S.W.T.  wajib memberi balasan pahala kepada hamba yang taat dan wajib mengazab kepada hamba yang melakukan dosa besar.

Di dalam usul yang keempat iaitu manzilah baina manzilataini  mereka mengatakan bahawa orang yang melakukan dosa besar bukanlah mukmin mahupun kafir bahkan kedudukannya adalah di antara dua tempat, antara iman dan kufur.
Manakala di  dalam usul yang terakhir iaitu amar ma’ruf nahi mungkar , mereka berpegang bahawa wajib ke atas setiap orang yang beriman  menyebarkan dakwah Islamiah dan menunjukkan jalan hidayah kepada mereka yang sesat.
Mereka berkata: “Memadai amar ma’aruf nahi mungkar  hanya dengan hati,dan dengan lisan  jika tidak  mampu dengan hati dan memadai dengan tangan jika tidak  mampu dengan keduanya(hati dan lisan) dan jika tidak mampu juga dengan tangan hendaklah menggunakan pedang kerana firman Allah S.W.T.
  وان طا ئفتان من المؤمنين اقتتلوا فأصلحوا بينهما،فان بغت احداهما على الأخرى فقاتلوا التى تبغى حتى تفئ الى أمر الله
al-Hujurat : 9.
Kewajipan ini tiada  bezanya  antara orang yang mempunyai kuasa(pemerintah) ataupun orang yang tidak mempunyai kuasa.Mereka juga berpendapat kewajipan ini bukan bermula dengan perintah syarak tetapi datangnya adalah dari kehendak akal manusia , syarak hanyalah penguat kepada  pendapat akal tersebut sebagaimana yang disebut oleh Al-Jubaie  ( (الجبائىsalah seorang syeikh Muktazilah   yang meninggal pada 295H  .
Kesemua usul ini bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan kepada dalil nas al-Quran dan hadith Nabi s.a.w.Sebenarnya masih ada lagi prinsip dan pegangan yang  lain yang tidak disebut di sini  bahkan ada pegangan-pegangan khusus bagi setiap pecahan pengikut-pengikut muktazilah ini sehinggakan melebihi 20 pegangan dan prinsip.

MAUQIF MUKTAZILAH DALAM PENAFSIRAN AL-QURAN
Secara umumnya penafsiran golongan muktazilah berdasarkan kepada Usul Lima.Mereka menggunakan hujjah al-Quran untuk menguatkan pegangan mereka tetapi penafsiran mereka itu berdasarkan pandangan yang bertepatan dengan akidah mereka.Golongan ini lebih banyak menggunakan logik akal  daripada nas  al-Quran dan hadith sehinggakan mereka mampu memperdayakan orang ramai.
Contoh penyelewengan penafsiran mereka terhadap al-Quran.
1) Dalam masalah mereka menjadikan ayat-ayat yang zahirnya menyokong mazhab mereka sebagai ayat muhkamat(tanpa takwilan) dan menjadikan ayat muhkamat kepada ayat mutasyabih(mempunyai beberapa makna ).Manakala ayat(muhkamat dan mutasyabih) yang bertepatan dengan pegangan mereka, tidak akan diubah statusnya.  (sila rujuk al-Kasyaf 1/ 337 dan nota kakinya,tafsiran surah ali-‘Imran :7)
Contoh :
Status ayat yang diubah daripada muhkamat kepada mutasyabih.Firman Allah S.W.T   .  الى ربها  ناظرة)) –al-Qiamah:23 .Melalui ayat ini mereka mentafsirkan an-nazhar(النظر )  itu maknanya ialah pengharapan    (الرجاء) ,penantian terhadap nikmat(التوقع للنعمة ) dan karamah(الكرامة  ).Mereka mengatakan bahawa ayat ini bukannya dari nas yang jelas iaitu boleh  melihat  Allah S.W.T.  sebagaimana iktiqad Ahli Sunnah.   (sila rujuk al-kasyaf 1/ 337-338  , 4 / 662 )      
Status ayat yang ditukar daripada mutasyabih  kepada muhkamat.Firman Allah S.W.T. (لا تدركه الأبصار ) – al –An’am :103.
Mereka menafsirkan ayat ini bahawa mustahil melihat Allah S.W.T. di akhirat kelak tanpa takwilan dengan makna yang lain.Penafsiran ini bercanggah dengan Ahli Sunnah yang mengatakan bahawa ayat ini  perlu diihtimal dengan makna yang lain. (sila rujuk al-Kasyaf 1/ 337-338  , 2 /  54 )     
Status ayat yang tidak diubah yang bertepatan dengan iktiqad mereka.Firman Allah swt.(ان الله لا يأمر بالفحشاء ) –al-A’araf :28  dan ayat ( أمرنا مترفيها ففسقوا فيها) –al-Isra’: 16                              (sila rujuk al-Kasyaf 1 / 337-338  , 2 /  98- 99 , 653 - 654 )           

2) Dalam masalah usul al-adl.      
Contoh dalam ayat.
(أهم يقسمون رحمة ربّك نحن قسمنا بينهم معيشتهم فى الحياة الدنيا )
al-Zukhruf:32.
Melalui ayat ini mereka mengatakan bahawa Allah S.W.T. hanyalah mengurniakan rezeki yang halal sahaja kepada hambaNya dan tidak rezeki yang haram bahkan manusialah yang berusaha dengan diri mereka sendiri. sebagaimana yang disebut oleh Az-Zamakhsyari dalam tafsirnya al-kasyaf.Ini kerana mereka berpendapat Allah S.W.T. tidak menciptakan perkara yang buruk dan keji.Pendapat ini bersalahan dengan Ahli Sunnah yang berpegang bahawa semua makhluk dan benda adalah diciptakan oleh Allah S.W.T.  (sila rujuk al-Kasyaf, 4 / 248 – 249 ).

3) Dalam masalah manzilah baina manzilataini .

Contohnya dalam surah Al-Isra’:9-10

 ان هذا القرآن يهدى للتى هى اقوم ويشر المؤمنون الذين يعملون الصالحات أنّ لهم أجرًا كبيرًا(9) وأن الذين لا يؤمنون بالأخرة أعتدنا لهم عذابًا اليمًا(10)                                                                                                                    
Az- Zamakhsyari mengatakan: “Jika kamu berkata : kenapa disebut orang-orang mukmin yang baik dan orang-orang kafir sahaja tidak disebut orang-orang fasiq ?Maka aku berpendapat : Adalah manusia itu adakalanya mukmin bertakwa dan adakalanya musyrik(kufur) dan sesungguhnya  ada sesuatu yang wujud  yang berada di antara dua tempat selepas itu(antara iman dan kufur)” .(sila rujuk al-kasyaf  2 / 650 – 651 ).

Ini adalah antara contoh –contoh penafsiran golongan muktazilah yang dapat disebut dan masih banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh dirujuk di dalam buku-buku yang berkaitan.

HASIL KARANGAN GOLONGAN  MUKTAZILAH DI DALAM BIDANG PENAFSIRAN AL-QURAN
Banyak kitab tafsir al-Quran yang dikarang dan dihasilkan oleh ulama-ulama muktazilah tetapi tafsiran mereka itu berdasarkan kepada usul mazhab mereka.Hasil karangan mereka ini tidaklah begitu banyak memberi manfaat jika dibandingkan dengan kitab-kitab tafsir yang lain.Kebanyakkan kitab tafsir mereka ini telah luput ditelan zaman tetapi ianya ada disebut oleh ulama  Ahli Sunnah yang terdahulu seperti yang disebut oleh Imam As-Suyuti di dalam tabaqat al-Mufassirin dan tabaqat al-mufassirn oleh Ad-Dawadi  anak murid kepada As-Suyuti.Tidak banyak kitab mereka ini  sampai kepada kita kecuali hanya tiga buah sahaja yang masih kekal hingga sekarang.                                                                                                                    Di antara ulama muktazilah yang masyhur dalam menghasilkan kitab tafsir ialah :
1-  و اصل بن عطاء(80-  131 ه)    ”معانى القرأن"
2- قطرب (ت: 206 ه) - " معانى القرأن"، و"اعراب القرأن"، و" الرد على الملحدين فى متشابه القرأن" ،" ومجاز القرآن".
3- أ بو بكر عبد الرحمن بن كيسان الأصم (ت: 240 ه )
4- عمرو بن بحر أبى عثمان الجاحظ (ت:255 ه )  - " نظام القرأن"، و" المسائل فى القرآن"
5- محمد بن عبد الوهاب الجبائى- ابنه أبى هاشم عبدالسلام (ت:295 ه ) -" متشابه  القرأن"، و" تفسير القرآن".
6- أبو القاسم عبد الله بن أحمد البلخى الحنفى ،المعروف بالكعبى المعتزلى (ت: 319 ه ) - كتاب  فى التفسير فى اثنى عشر مجلدًا                                  
7- أبو هاشم عبد السلام بن أبى علىّ الجبائى (ت: 321 ه)

8- -  أبو مسلم محممد بحر الأصفهانى ( ت: 322 ه ) - كتاب " جامع التأويل لمحكم التنزيل" فى أربعة عشر مجلدًا وقيل عشرين مجلدًا
9- أبو الحسن علىّ بن عسى الرمانى ( ت : 384 ه )  كتاب تفسير القرآن المجيد
10- عبيد الله بن محمد جرو الأسدى أبو القاسم النحوى العروضى المعتزلى (ت : 387 ه )
11- عبد السلام بن محمد بن يوسف القزوينى ( ت : 483 ه ) - قال  السيوطى:يقع فى ثلاثمائة مجلدًا وقيل خمسمائة مجلد كما نقل عن ابن النجار
Antara kitab tafsir  mazhab  muktazilah yang masih kekal hingga kini:
1- القاضى عبد الجبار بن احمد الهمدانى الأسدبانى الشافعى ( ت : 415 ه ) - كتاب" تنزيه القرآن عن المطاعن"
 2- الشريف المرتضى العالم الشيعى العلوى (355- 436 ه )- كتاب" أمالى الشريف المرتضى أو غرَر الفوائد  و دُرَر القلائد"
3- أبو القاسم محمود بن عمر الزمخشرى ( 467- 538 ه)- كتاب" الكشاف عن حقائق غوامض التنزيل وعيون الأقاويل فى وجوه التأويل"

KRITIKAN PARA ULAMA TERHADAP GOLONGAN MUKTAZILAH
Kritikan yang dapat difahami daripada kalam Al- Imam Abu Al-Hasan Al- Asy’ari (260 – 330 H/ 873 – 941 M)  :
“ Maka sesungguhnya orang yang menyeleweng dan sesat  ialah mereka yang mentakwil isi kandungan al-Quran berpandukan pandangan dan pendapat sendiri ,dan mereka yang mentafsir al-Quran mengikut hawa nafsu,suatu tafsiran yang tiada bukti dan dalil ianya datang dari Allah S.W.T.   dan bukan juga datangnya dari riwayat Rasulullah s.a.w. dan  ahli keluarganya,dan bukan juga datangnya dari orang-orang terdahulu(as-salaf) yang terdiri daripada kalangan sahabat dan tabien r.ahm.Ini merupakan suatu pembohongan terhadap Allah S.W.T. Sesungguhnya mereka telah tersesat dan bukan terdiri daripada kalangan mereka yang mendapat petunjuk”.
Begitu juga kritikan yang dinaqalkan daripada syeikhul Islam Ibn Taimiyyah(662 – 792 H / 1263 – 1328 M) daripada buku muqaddimah Ibn Taimiyyah – Usul at – Tafsir  katanya :
“  Contohnya   mereka berpegang terhadap sesuatu pendapat kemudian  dikuatkan dengan lafaz-lafaz dari al-Quran(sebagai hujjah) dan ( dengan itu) mereka bukanlah  dari kalangan salaf yang terdiri dari kalangan para sahabat dan tabien r.ahm,tidak juga dari kalangan para imam umat Islam ,pendapat mereka tidak boleh diterima dan begitu juga tafsiran mereka terhadap al-Quran tidak boleh diterima.Dan bukanlah mana-mana tafsiran mereka itu batil melainkan kebatilannya itu muncul  dengan pelbagai bentuk rupa yang berbeza.Yang demikian itu dapat ditinjau dari dua sudut. Pertamanya , kadang kala ianya dapat diketahui melalui kerosakan yang terdapat pada pendapat atau pegangan mereka. Keduanya kadang kala dapat ia dapat diketahui melalui kerosakan yang terdapat pada penafsiran mereka terhadap al-Quran samada ketika mereka mengemukan pendapat atau pegangan mereka ataupun ketika jawapan-jawapan yang dikemukakan terhadap orang yang bercanggah dengan (pendapat) mereka.Ada dikalangan mereka yang menggunakan ibarat kalam yang indah dan fasih sedangkan penipuan berlaku pada kalam tersebut.Kebanyakan manusia tidak menyedari dan mengetahuinya umpamanya seperti pengarang kitab al-Kasyaf (Az- Zamakhsyari)  dan selain darinya sehinggakan kalamnya itu ‘laris’ dikalangan  orang ramai yang membuatkan mereka (orang ramai) tidak percaya wujud  kebatilan di dalam penafsiran mereka(muktazilah) yang batil itu-masya-Allah- Dan aku benar-benar lihat(yakin) dari kalangan ulama tafsir dan selain dari mereka melalui apa yang disebut di dalam kitabnya dan  melalui kalamnya terhadap tafsiran mereka ,tidak terdapat sesuatupun yang selari dengan usul mereka(muktazilah) yang diketahui dan dipercayai ada berlaku kefasadan pada usul itu dan perkara itu(usul yang fasad) tidak akan diberi petunjuk”.
Anak murid kepada  Ibn Taimiyyah iaitu Al-‘Allamah Ibn Qayyim Al-Jauzi (691 – 751 H / 1292 – 1350 M ) juga turut mengkritik golongan muktazilah yang menafsirkan al-Quran mengikut hawa nafsu dan akal fikiran sebagaimana yang disebut di dalam bukunya ( أعلام الموقّعين) dengan katanya :
“ Itu adalah sampah pemikiran, hampas buah fikiran  , habuk kepada pandangan  dan was-was kepada keteguhan .Maka  apabila  mereka memenuhinya dihelaian kertas-kertas  lalu kertas bertukar  menjadi hitam ,diisinya di dalam hati –hati lalu hati akan dipenuhi dengan keraguan dan dibentangkan di alam buana lalu alam  akan musnah. Setiap individu yang mempunyai akal yang waras mengetahui bahawa kemusnahan alam hanyasanya berpunca daripada mendahulukan pandangan akal daripada wahyu dan mendahulukan hawa nafsu daripada akal fikiran”.
 Ha za  Wabillahi At- taufiq ,wallahu ta’ala ’a’lam
   
                                                                                                    

Tidak ada komentar: